Selasa, 12 September 2017

Warung Nasi Kerabu Mok Su popular di Putrajaya

Loading...
loading...
Warung Nasi Kerabu Mok Su popular di Putrajaya

ABDUL HADI MAT HASSAN (kanan) dan Mohd. Andrie Abdul Mutalib menunjukkan nasi kerabu daging kambing istimewa di Warung Nasi Kerabu Mok Su yang terletak di Jalan P141, Kampung Abu Bakar Baginda, Sungai Merab Hulu, Kajang. - UTUSAN ONLINE/ZAKI AMIRUDDIN

PUTRAJAYA 9 Sept.- Sebut sahaja Warung Nasi Kerabu Mok Su pasti ramai yang sudah terbayangkan keenakan masakan dari Pantai Timur itu.
Terletak di lokasi strategik iaitu laluan pintu satu Putrajaya di Presint 14, warung itu amat popular dengan juadah sarapan pagi nasi kerabu yang dimakan bersama kambing, ayam atau daging bakar.

Warung yang dibuka pada setiap hari bermula pukul 6.30 pagi sehingga 12 tengahari itu turut menjual aneka nasi berlauk ikan, gulai ayam; kerutuk itik; ayam kampung serta nasi dagang, nasi lemak dan laksam.
Pemiliknya, Mohd. Hapiz Che Hassan, 30, berkata, selain aneka nasi untuk sarapan pagi turut dijual di kedainya ialah kuih muih dari Kelantan yang resipinya diwarisi turun temurun daripada keluarga.
Menurut Mohd. Hapiz, berkata, resipi utama iaitu nasi kerabu kambing bakar dipelajari daripada ibunya yang merupakan seorang peniaga kedai makan di Kok Lanas, Kelantan

"Harga untuk Nasi Kerabu Kambing Bakar ialah RM12, Nasi Kerabu Daging RM7.50 dan Nasi Kerabu Ayam RM7. Kuih yang paling popular dikedai saya ialah kuih akok hasil air tangan saya sendiri.
"Saya merupakan penyambung legasi ibu yang sebelum ini merupakan peniaga nasi kerabu di Kok Lanas, saya bersyukur kerana mampu mendepani pelbagai cabaran," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Menurut anak keempat daripada enam adik beradik itu, dia mula berjinak-jinak dengan perniagaan makanan dengan menjual kuih akok di Bazar Ramadan di Kelantan dan kemudian mengambil keputusan untuk berhijrah ke Putrajaya.
"Pada mulanya saya hanya menjual kuih akok, namun selepas beberapa bulan saya melihat Nasi Kerabu Mok Su boleh dikomersialkan dan alhamdulillah sambutan pelanggan begitu baik," katanya.
Katanya, dalam sehari sebanyak 25 kilogram kambing, 30 kg daging dan 25 ekor ayam dibakar untuk dijual kepada pelanggan dan kebiasaannya semua juadah akan habis dijual pada pukul 12 tengahari.
"Saya kini sedang merancang untuk membuka cawangan Warung Nasi Kerabu Mok Su di setiap negeri pada tahun depan. Saya berharap impian itu akan tercapai,” ujarnya yang kini mempunyai sebanyak 10 orang pekerja.
Untuk maklumat lanjut berhubung operasi perniagaan Warung Nasi Kerabu Mok Su yang terletak berhadapan dengan Institut Penilaian Negara itu, orang ramai boleh menghubungi Mohd. Hapiz di talian 013-7294264.
UTUSAN ONLINE

loading...
SHARE THIS

Author:

Etiam at libero iaculis, mollis justo non, blandit augue. Vestibulum sit amet sodales est, a lacinia ex. Suspendisse vel enim sagittis, volutpat sem eget, condimentum sem.

0 ulasan: