Ahad, 27 Ogos 2017

Majlis kenduri dalam dewan kecoh apabila pengantin dan tetamu terperangkap dalam banjir

Loading...
loading...
Majlis kenduri dalam dewan kecoh apabila pengantin dan tetamu terperangkap dalam banjir kilat


Kejadian kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan kira-kira 80 tetamu termasuk pasangan pengantin yang berada di situ, terperangkap selama kira-kira dua jam.

Banjir kilat melanda kawasan itu selepas hujan lebat selama lebih sejam di sekitar bandar raya ini, menyebabkan air naik setinggi kira-kira 0.6 meter sekitar dewan berkenaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Fauzi Abd Aziz, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.14 petang memaklumkan kejadian itu.

Katanya, mangsa yang terperangkap membabitkan 50 dewasa dan 30 kanak-kanak termasuk seorang Orang Kurang Upaya (OKU) serta seorang wanita mengandung.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, kami dapati berlaku kawasan berkenaan dilanda banjir kilat dengan paras air mencapai ketinggian 0.6 meter.

“Bomba kemudian membantu dan membuat pemindahan semua mangsa termasuk pengantin ke kawasan selamat kerana dikhuatiri air semakin meningkat,” katanya.
Mohd Fauzi berkata, ketika operasi pemindahan berjalan, air semakin surut tetapi pihaknya tetap mengarahkan semua tetamu yang masih berada di dewan ke lokasi lebih selamat termasuk mengalihkan kenderaan.

“Seorang wanita sarat mengandung tujuh bulan yang terperangkap dalam banjir kilat itu, dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dengan kenderaan Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS) untuk pemeriksaan kesihatan selepas berasa lemah badan.

“Pasangan pengantin pula meninggalkan dewan berkenaan dengan kereta sendiri tanpa sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, operasi tamat jam 7.45 malam dan tiada mangsa yang dilaporkan cedera.

Sumber: Bharian

loading...
SHARE THIS

Author:

Etiam at libero iaculis, mollis justo non, blandit augue. Vestibulum sit amet sodales est, a lacinia ex. Suspendisse vel enim sagittis, volutpat sem eget, condimentum sem.

0 ulasan: