Loading...
loading...
Lawanya Baju..... Kontinjen Malaysia Sarung Baju Melayu & Kurung di Acara Pembukaan KL2017
Netizen melahirkan rasa gembira apabila kontinjen Malaysia menyarungkan busana kebangsaan, baju kurung dan baju Melayu ketika acara pembukaan Sukan SEA 2017 (KL2017) yang berlangsung malam tadi.
Sedondon menggayakan baju berwarna biru dan merah, ahli kontinjen kelihatan segak memperagakan busana kebanggan rakyat Malaysia.
Atlet wanita kelihatan anggun menyarungkan baju kurung pesak berwarna merah dan biru lengkap berselendang biru dengan perincian renda Perancis berwarna kuning lembut.
Atlet lelaki pula nampak tampan menggayakan baju Melayu yang diberi sentuhan moden berwarna merah berseluar biru lengkap bersama samping songket biru dengan motif bunga raya.
Pakaian kontinjen Malaysia mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal tempatan, Cosry.
Menurut perekanya, Putra Aziz, konsep pakaian kontinjen Malaysia diinspirasikan daripada warna bendera Malaysia, Jalur Gemilang.
Selain itu, pakaian tersebut membawa maksud perjuangan penuh semangat ‘pahlawan’ negara untuk mempertahankan dan memartabatkan kegemilangan tanah air.
Menerusi pemerhatian di laman Twitter, ramai pengguna laman sosial melahirkan rasa bangga dan memuji busana kontinjen Malaysia yang kelihatan sangat cantik.
Sumber: Utusan Online
loading...
0 ulasan: