Rabu, 23 Ogos 2017

'SPEEDY JANTAN' DAN CABARAN JURUFOTO SUKAN

Loading...
loading...
'SPEEDY JANTAN' DAN CABARAN JURUFOTO SUKAN


Rasanya ramai yang dah tengok bagaimana Khairul Hafiz Jantan menjadi manusia terpantas Asia Tenggara setelah memenangi 100 meter pecut di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Namun antara paling banyak dibualkan netizen selain kemenangan itu, adalah aksi para jurufoto yang terpaksa mengejar kelibat Khairul Hafiz dalam usaha untuk mendapatkan 'shot' yang terbaik.
Tumpuan sudah tentu pada 'abang baju hijau' . Dia kelihatan bersungguh-sungguh berlari mendapatkan Khairul Hafiz, malah satu ketika aksinya 'mengalahkan' atlit tersebut hingga mencuit hati para penonton di stadium, rumah dan para netizen.
Menariknya, 'abam baju hijau' itu masih boleh tersengih-sengih setiap kali mengejar kelibat Khairul Hafiz walaupun terpaksa mengusung kamera dan pada masa yang sama memikirkan sudut terbaik untuk merakamkan aksi pelari pecut berkenaan.
Inilah antara cabaran menjadi seorang jurufoto sukan. Nampak macam senang, namun mereka menggalas tanggungjawab yang besar dalam menghasilkan 'karya seni' mereka. Apatah lagi bila berhadapan dengan big bos di pejabat yang mendambakan foto yang terbaik untuk disajikan pada pembaca di luar sana.
Sebagai wartawan, aku faham benar 'beban' yang ditanggung puluhan jurufoto di stadium malam tadi.
Jurufoto sukan secara zahirnya nampak macam tak ada beza dengan jurufoto-jurufoto lain tetapi hakikatnya mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran tersendiri yang ramai orang di luar sana tak tahu.
Dalam acara sukan, si atlit akan bergerak ke sana ke sini. Selain sewaktu beraksi, mereka juga akan 'ke hulu ke hilir' kalau menang untuk meraikan kemenangan mereka. Kalau jurufoto tersebut 'salah teknik' dalam mengendalikan kamera, gambar yang terhasil akan menjadi kabur dan tidak jelas.
'Timing' pun sangat penting. Jurufoto yang berpengalaman selalunya tahu bilakah saat terbaik untuk merakamkan detik-detik terbaik atau detik bersejarah sesuatu acara. Kalau takde atau kurang pengalaman, mereka selalunya akan terlepas aksi-aksi menarik sesuatu perlawanan itu.
Itu belum kira faktor cuaca...panas terik...hujan ribut...angin kencang dan sebagainya.
Itu yang aku baca dan apa yang para sahabat jurufoto aku bagitahulah. Aku rasa cabaran tu panjang berjela kalau nak cerita satu persatu di sini.
Apapun aku nak bagitahu, tugas jurufoto bukan mudah. Mereka juga bukan warga 'second class' dalam dunia media. Malah sekarang ini majoriti jurufoto terutama yang berkhidmat di majalah dan suratkhabar mempunyai ijazah dalam bidang fotografi, bukan jurufoto tangkap muat ok. Malah tak kurang juga yang ada ijazah dalam bidang profesional seperti senibina dan ijazah undang-undang.
Kepada 'abang baju hijau' malam tadi, walaupun ada yang ketawa, ada yang tersengih dan ada yang kutuk melihat aksi anda, percayalah, anda telah membuka mata ramai orang mengenai tugas dan pahit getir seorang jurufoto sukan.
Gua salute dengan anak Pak Jantan, tetapi pada masa yang sama gua juga salute dengan lu - lu memang 'jantan' habis bro!
nota: Aku difahamkan 'abang baju hijau' itu adalah saudara Iskandar dari agensi berita BERNAMA.

credit photo to Aizuddin Saad.

loading...
SHARE THIS

Author:

Etiam at libero iaculis, mollis justo non, blandit augue. Vestibulum sit amet sodales est, a lacinia ex. Suspendisse vel enim sagittis, volutpat sem eget, condimentum sem.

0 ulasan: