Ahad, 13 Ogos 2017

Kek Buah Masih Berbau Harum Berusia 106 Tahun Ditemui Di Antartika

Loading...
loading...
Kek Buah Masih Berbau Harum Berusia 106 Tahun Ditemui Di Antartika

Percayakah anda bahawa kek buah ini sudah berusia 106 tahun? Ia ditemui di kawasan antartika dan dilaporkan dalam keadaan “sangat baik” serta masih beraroma harum.


Kek yang sudah tua usianya itu ditemui di Tanjung Adare dan dipercayai milik seorang penjelajah Inggeris, Robert Falcon Scott.

Meskipun timah pembungkus kek itu telah berkarat namun keadaan kek terbabit sangat baik mungkin disebabkan suhu beku di wilayah Antartika menjadi faktor ia mampu bertahan hingga lebih 100 tahun.

                              

Ia ditemui di sebuah pondok di Antartika yang dibina oleh penjelajah dari Norway, Carsten Borchgrevink, pada 1899.

Kemudian, Scott pada 1911 menggunakan bangunan itu untuk satu ekspedisi yang dikenali sebagai Terra Nova.

Terdapat banyak laporan yang menyebut bahawa Scott menyukai kek buah yang dibuat oleh oleh syarikat Huntley & Palmers.

“Kek buah adalah makanan kesukaan masyarakat Inggeris ketika itu dan ia masih popular sehingga kini,” kata timbalan pengerusi Yayasan Warisan Antartika, Lizzie Meek.
Jelas Meek, hidup di Antartika yang sejuk itu menyebabkan orang di situ makan makanan berlemak tinggi dengan kadar gula yang juga tinggi.

Selain kek buah itu, turut ditemui milik Scott adalah pakaian, sejumlah potongan daging dan ikan yang disalai.

Scott dan empat rakannya berjaya sampai ke South Pole dalam ekspedisi Terra Nova dari 1910 ke 1913, namun mereka meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke kem.

loading...
SHARE THIS

Author:

Etiam at libero iaculis, mollis justo non, blandit augue. Vestibulum sit amet sodales est, a lacinia ex. Suspendisse vel enim sagittis, volutpat sem eget, condimentum sem.

0 ulasan: