Selasa, 22 Ogos 2017

Surat Cerai Dedah Joy Revfa Masih Isteri Orang

Loading...
loading...
Surat Cerai Dedah Joy Revfa Masih Isteri Orang

KEMELUT keretakan rumah tangga pasangan penyanyi Hafiz Hamidun dan isteri, Joy Revfa memasuki episod terbaharu apabila surat perceraian pengasas produk kecantikan itu dengan bekas suami pertamanya tersebar.

Menerusi surat yang dipercayai dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla Thailand, tarikh perceraian perkahwinan pertama itu ialah pada 13 Julai lalu.
Ia sekaligus menjelaskan Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 30, masih bergelar isteri orang ketika berkahwin dengan Hafiz pada 1 Mei lalu.

Penyebaran surat itu juga menjelaskan kemelut sebenar masalah rumah tangga pasangan itu.
Terdahulu, Joy memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam pada Jumaat lalu selepas meragui perkahwinan yang dibina bersama Hafiz.


Surat perceraian yang didakwa milik Joy dengan bekas suami pertama tersebar.

Joy ketika ditemui berkata, dia terpaksa membuat permohonan itu selepas Hafiz, 33, mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia sebagai tidak sah.

Dalam pada itu, Hafiz menerusi Instagram miliknya pada malam Isnin memberitahu akan memberi kenyataan berhubung isu itu pada hari ini (Selasa).

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.

Mereka bertunang dua bulan sebelum itu, pada 23 Mac 2017.

Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.



loading...
SHARE THIS

Author:

Etiam at libero iaculis, mollis justo non, blandit augue. Vestibulum sit amet sodales est, a lacinia ex. Suspendisse vel enim sagittis, volutpat sem eget, condimentum sem.

0 ulasan: