Selasa, 22 Ogos 2017

Bekas Suami Joy Revfa, Dato Ray Beri Respon, Pertikai Kenyataan Hafiz Hamidun

Loading...
loading...
Bekas Suami Joy Revfa, Dato Ray Beri Respon, Pertikai Kenyataan Hafiz Hamidun

Bekas suami Joy Revfa, Datuk Ray Imran telah memberi komen setelah Hafiz Hamidun membuat sidang media hari ini.

Datuk Ray telah mempersoal niat Hafiz Hamidun memanjangkan kontroversi perkahwinan dengan bekas isterinya itu.

Ray juga meluahkan rasa kesal kerana dirinya turut terpalit dalam kontroversi itu sedangkan dia sudah memberi kerjasama sebelum pasangan itu bernikah.

Datuk Ray mengatakan, kontroversi itu tidak sepatutnya berpanjangan jika Hafiz Hamidun benar-benar mencintai Joy.

Ray turut mempersoal mengapa Hafiz Hamidun merasa ragu-ragu sedangkan penyanyi itu dan Joy berbulan madu sambil menjayakan program “Romantika” di Taiwan setelah berkahwin.

Ini komennya:

“Saya terkejut, apa motif Hafiz yang masih memanjangkan isu ini. Kalau betul dia sayang Joy, perkara ini tidak akan timbul.

“Saya rasa ada sebab lain yang cuba diselindung Hafiz,” .

“Sudah pergi berbulan madu di Taiwan, kenapa ragu-ragu? Jika benarlah Joy tidak pandai memberikan kerjasama menyelesaikan masalah, dia sebagai suami perlu bertindak lebih matang.

“Biasalah perempuan kalau rasa diabaikan, mereka beremosi,”

“Apa-apapun, saya akan beri kerjasama kepada bekas isteri dan mahkamah untuk mengelak fitnah dan spekulasi,” 

Terdahulu, pada sidang media, Hafiz mendakwa Joy masih dalam ikatan perkahwinan dengan Ray pada hari mereka dinikahkan pada 1 Mei lalu.

loading...
SHARE THIS

Author:

Etiam at libero iaculis, mollis justo non, blandit augue. Vestibulum sit amet sodales est, a lacinia ex. Suspendisse vel enim sagittis, volutpat sem eget, condimentum sem.

0 ulasan: