Isnin, 21 Ogos 2017

“Menyanyi Pakai Tudung? Saya Gila atau Mereka Yang Gila?” -Sahara Yaacob

Loading...
loading...
“Menyanyi Pakai Tudung? Saya Gila atau Mereka Yang Gila?” -Sahara Yaacob

KUALA LUMPUR — Penyanyi veteran Sahara Yaacob sama sekali tidak mahu dipisahkan daripada fesyen rambutnya apabila membuat persembahan pentas.
Sahara, 61, berkata sebagai penyanyi yang menerima jolokan “Tina Turner Malaysia”, sewajarnya beliau berpenampilan begitu di pentas nyanyian.
“Saya seorang penyanyi dan saya dikenali dengan rambut saya. Mereka mahu saya pakai tudung? Pernah kita dengar dan lihat Tina Turner menyanyi pakai tudung?
“Mereka mahu membuang identiti saya. Mereka mahu mengawal saya dan bidang saya. Siapa mereka, mahu campur hal saya?” katanya kepada ProjekMMO.
Penyanyi Peronda Jaket Biru membuat kemunculan semula tahun lalu selepas mendapat pendedahan media mengenai kesusahan hidup.
Kembali dengan imej rambut menggerbang dalam satu persembahan pentas hujung tahun lalu, Sahara berkata beliau sekadar menggunakan rambut palsu.
Katanya, hijab masih dipakai di luar persembahan dan segala tohmahan orang akan diterimanya. Saya sudah berada dalam industri ini lebih 40 tahun.
“Saya berkecimpung sejak 1968. Mereka suruh saya menyanyi pakai tudung? Saya gila atau mereka yang gila?” katanya.
Sahara, nama popular Zaharah Mohd Yaacob, berkata apa jua yang dilakukan adalah perhitungannya dengan Tuhan dan tidak melibatkan pihak lain.
Katanya, hijab hanyalah penampilan luaran namun apa yang dilihat Tuhan adalah keikhlasan dalam amalan.
“Ya, agama itu penting. Tetapi agama itu antara kita dengan Tuhan. Tidak perlu berlakon untuk menjadi alim. Allah lebih tahu.
“Kalau hati tidak betul, pakai serban sebesar rumah pun tiada makna. Allah tidak pandang serban atau tudung kita. Dia pandang hati yang bersih.
“Jadi tolong jangan tunjuk pandai dengan saya. Saya tidak mahu orang bercakap yang bukan-bukan dengan saya. Saya sudah masak untuk itu.” katanya. – MalayMail

loading...
SHARE THIS

Author:

Etiam at libero iaculis, mollis justo non, blandit augue. Vestibulum sit amet sodales est, a lacinia ex. Suspendisse vel enim sagittis, volutpat sem eget, condimentum sem.

0 ulasan: