Ahad, 13 Ogos 2017

Bayi Berusia Tiga Bulan Maut, Bapa pukul Serta Terkup Muka Anak

Loading...
loading...
Bayi Berusia Tiga Bulan Maut, Bapa pukul Serta Terkup Muka Anak

Jakarta - Seorang bapa tergamak membunuh bayinya sendiri yang baru berusia tiga bulan selepas tidak tahan mendengar tangisan bayinya sendiri.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah apartment yang terletak di Jakarta Utara pada pukul dua petang.

Ketika kejadian dikatakan bahawa Faisal Amir 27 tahun baru sahaja nak tidur sebelum bayinya itu secara tiba-tiba menangis membuatkan dia berasa berang dengan anaknya itu.

Faisal kemudiannya telah memukul bayinya itu dengan menggunakan botol bedak sehingga menyebabkan tangisan bayinya itu bertambah-tambah menjadi.

Apabila usahanya membuatkan bayi terbabit diam tidak berjaya, Faisal kemudiannya telah bertindak menekup muka bayi malang terbabit dengan menggunakan bantal sebelum berbaring di atas bayinya itu kira-kira selama tiga jam.

Anaknya itu telah disahkan meninggal dunia akibat daripada mengalami sesak nafas yang berpunca daripada perbuatan ayahnya sendiri.

Ketika bangun sahaja dari tidur tanpa menyedari bahawa anaknya itu telah pun meninggal dunia, Faisal telah pergi ke dapur untuk membuat susu untuk bayinya itu.

Faisal berkata di sini bahawa dia telah cuba memberikan bantuan pernafasan kepada bayinya itu namun anaknya itu masih juga tidak sedarkan diri, dia pasrah dengan keadaan anaknya itu yang sudah pun tidak bernyawa.

Ketika kejadian tersebut ibu kepada bayi malang tersebut dikatan sedang berkerja dan hanya akan pulang ke rumah sehari dalam empat hari manakala Faisal yang merupakan bapa kepada bayi malang tersebut merupakan seorang penganggur.

Faisal dikatakan mengalami tekanan akibat daripada tekanan kerana tidak mempunyai pekerjaan serta terpaksa menjaga anaknya itu sendiri malah ketika di soal siasat oleh pihak polis Faisal mengakui bahawa ketika itu dia sedang tertekan disebabkan tidak memiliki kerja.

loading...
SHARE THIS

Author:

Etiam at libero iaculis, mollis justo non, blandit augue. Vestibulum sit amet sodales est, a lacinia ex. Suspendisse vel enim sagittis, volutpat sem eget, condimentum sem.

0 ulasan: