Loading...
loading...
Lelaki Sanggup Cerai Isteri Sakit Untuk Kahwin Artis Jelita:
Seorang gadis bernama Wu Zhi Heng 16 tahun tidak menyangka pertemuannya dengan seorang remaja lelaki bernama Guo Yong Chun 18 tahun di sebuah gereja pada tahun 1994 telah menimbulkan bibit cinta dalam hati mereka..
Selepas itu hubungan mereka semakin akrab dan bertukar menjadi pasangan kekasih selama 6 tahun. Wu Zhi Heng merasa sangat bertuah kerana selepas mengenali hati budi masing-masing, Guo Yong Chun akhirnya melamar Wu pada tahun 2000.
Wu merasakan dirinya sangat bertuah kerana bukan saja memiliki suami yang baik dan setia, malah hidupnya juga sangat mewah. Guo bukanlah lelaki biasa, ayahnya adalah seorang pemilik perniagaan terkenal yang diwarisi turun-temurun sejak tahun 1907.
Walau bagaimanapun, kebahagiaan Wu Zih Heng tidak kekal lama apabila dia didiagnosis mengalami penyakit sehingga separuh daripada ususnya terpaksa dipotong. Akibat penyakit ini dia mengalami tekanan dan terpaksa tidur bergantung kepada ubat.
Pada mulanya Guo Yong Chun sering menemani isterinya berubat. Tetapi perlahan-lahan dia mula menjauh dari hidup Wu Zhi Heng. Guo Yong Chun berpindah tempat tinggal dengan alasan lebih dekat dengan tempat kerjanya.
Pada tahun 2006 mereka tidak lagi tinggal sebumbung. Wu Zhi Heng sedar kecantikannya telah pudar akibat pertambahan umur dan penyakit yang dideritainya.
Setahun kemudian Guo Yong Chun telah berkenalan dengan seorang artis dan model yang cantik bernama Yang Ai Jin. Mereka saling jatuh cinta dan merancang untuk berkahwin kelak. Maka pada tahun 2008 Guo Yong Chun secara rasmi menceraikan Wu Zhi Heng yang sudah tidak sebumbung dengannya selama dua tahun.
Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib Wu Zhi Heng yang bukan saja terpaksa berjuang menentang penyakitnya, malah kini diceraikan pula! Keadaan ini telah memburukkan lagi tahap kesihatannya sehingga menderita penyakit aneroksia.
Penyakit aneroksia yang dihidapinya sedikit sebanyak juga berpunca dari Guo Yong Chun yang mengatakan dia semakin berisi, sehingga memaksa Wu Zhi Heng bertekad menguruskan badan.
Berbagai rawatan telah ditempuhnya sehingga semua giginya gugur dan badannya semakin kurus. Dengan ketinggian 162cm dan berat tinggal 22kg, dia tidak ubah kelihatan seperti rangka tengkorak hidup.
Akibat merasa sakit hati ditinggalkan suami tercinta, Wu Zhi Heng pun membuka sebuah akaun Wei Bo (Facebook versi China) dan meluahkan perasaannya. Dalam luahannya dia mengatakan Guo Yong Chun sanggup meninggalkan dirinya yang sudah tidak cantik dan mencari perempuan lain:
“Setiap orang memiliki hak untuk bahagia, aku faham mengapa dia sanggup meninggalkan isterinya yang sedang sakit kerana dia (Guo Yong) masih muda, berkharisma.
Tapi yang membuat aku kecewa terhadapnya kerana dia tahu aku sakit jiwa begini (aneroksia) disebabkan dia. Sedangkan dia pula tidak mahu bertanggungjawab! Aku tidak pernah menyangka dia akan menghancurkan hidupku dan meninggalkan aku begitu saja tanpa ada bantuan kemanusiaan sama sekali.”
Luahan ini langsung tidak membekas di hati Guo Yong Chun. Sebaliknya hubungannya dengan si artis jelita Yang Ai Jin semakin rapat dan menjalani hari-hari bahagia sebagai pasangan kekasih. Pada awal tahun 2016 akhirnya mereka berkahwin.
Saat mereka berbulan madu, timbul gosip yang mengatakan rumahtangga Guo Yong dan Wu Zhi musnah gara-gara kemunculan Yang Ai Jin. Cemuhan masyarakat ini tidak menggugat mereka, sebaliknya tetap ceria menjalani hidup baru sebagai pasangan suami isteri.

0 ulasan: