Loading...
loading...
Derita Hati Erma Selepas Bercerai
Semalam kita dikejutkan dengan berita pengarah dan pelakon, Erma Fatima sah bercerai talak satu dengan suaminya Badaruddin Azmi atau lebih dikenali dengan nama Bade.
Semalam kita dikejutkan dengan berita pengarah dan pelakon, Erma Fatima sah bercerai talak satu dengan suaminya Badaruddin Azmi atau lebih dikenali dengan nama Bade.
Terbaru di akaun Instagram milik Erma, dia ada berkongsi sebuah video yang telah membuatkan ramai yang menonton sebak dengan kandungan di dalam video itu.
Video itu telah merakamkan memorinya bersama Bade ketika mereka masih lagi suami isteri dan di hujung video tersebut tertulis,
“Tuhan jaga dia untuk ku…”
Lagu latar yang mengiringi video tersebut adalah lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza bertajuk Mikraj Cinta.
Langit malam bercahaya,
Yang terlihat limpahan sinaranNya,
Takkan jemu tangisan rindu,
Bagai dekat getaran panggilanMu,
Pada mikraj cinta ada rahsianya,
Pada mikraj cinta ada jawapannya,
Pada mikraj cinta berbahasa agung kalimahNya,
Tuhan tetapkanlah,
Jiwa hati kami semua,
Sehingga bertemuMu menatapMu,
Nanti di sana,
Tuhan temukanlah,
Pengakhiran yang terindah,
Sehingga bertemuMu,
Menghadapmu di syurga,
Takkan jemu tangisan rindu,
Bagai dekat getaran panggilanMu,
Pada mikraj cinta ada rahsianya,
Pada mikraj cinta ada jawapannya,
Pada mikraj cinta berbahasa agung kalimahNya,
Bukalah mata hati,
Bukalah cermin mimpi,
Moga jalanku tidak keliru,
Berkelana mencariMu,
Tuhan temukanlah,
Pengakhiran yang terindah,
Sehingga bertemuMu,
Menghadapmu di syurga,
Ya Tuhan sembuhkanlah,
Jiwa-jiwa yang berduka,
Kembali berbicara,
Dan mengukir senyuman,
Tuhan temukanlah,
Dengan hikmah mikraj cinta…
Menerusi rungan kapsyen pula Erma berkata bahawa ‘ALLAH mengetahui segala ketentuannya…’.
Sedih, itulah perasaan yang hadir ketika menonton video itu. Namun buat Erma tentunya dia lebih sedih kerana dia yang terpaksa melaluinya sendiri.
Mari kita tonton video yang dikongsikan oleh Erma.
Rata-rata pengikut Erma turut bersedih dan telah meninggalkan kata-kata semangat buat Erma di ruangan komen.
jubahplainhouse: Saya doakan kak erma diberikan kekuatan luar biasa, kesabaran luar biasa, ketabahan luar biasa, kebahagiaan luar biasa, hanya Allah dapat memberikan semua itu.. Allah menyayangimu kak…Kami semua ada..walaupun tidak kenal..tetap ambil tahu..sayang kak erma..
izz_aniqreezqin: minat dr muda lgi kak @ermafatima dan abg badar … be strong n leh kembali bersatu
hfsh._: Kita beduka hari ini,tp ada bahgia didepan sana.
ziewab: Sedih sngt..apa pun sudh ketentuan illahi…sabar n kuat kan semangat @ermafatima
Kami juga mendoakan agar Erma terus tabah melalui dugaan ini dan di setiap kedukaan itu pastinya ada bahagia yang menanti.
Terdahalu, Bade telah melafazkan cerai talak satu terhadap Erma di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam kira-kira jam 11.35 pagi.
Lafaz cerai Bade itu telah disaksikan oleh beberapa ahli keluarga masing-masing bersama media di galeri awam mahkamah.
Dua tahun lalu, Erma pernah memfailkan permohonan cerai selepas mendapat tahu Bade berkahwin lain. Bagaimanapun pengarah dan pelakon utama siri Mok Cun ini menarik balik keputusannya itu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 November 1991 dan mempunyai lima orang anak angkat iaitu, Ahmad Albab, 24, Ahmad Arri, 22, Ahmad Aifin, 20, Citra, 15, dan Nurain,11.
Sumber: MEDIA HIBURAN
loading...
0 ulasan: