Ahad, 13 Ogos 2017

Sukarelawan Yang Pernah Menyelamatkan Nyawa Seorang Bayi Dalam Satu Letupan Tahun Lalu Telah Ditembak Mati Di Syria..

Loading...
loading...
Sukarelawan Yang Pernah Menyelamatkan Nyawa Seorang Bayi Dalam Satu Letupan Tahun Lalu Telah Ditembak Mati Di Syria..

SEORANG sukarelawan berusia 22 tahun yang menyelamatkan nyawa seorang bayi dalam satu letupan pada tahun lalu, ditembak mati di Syria.

Abu Kifah menjadi tajuk utama berita pada Oktober lalu selepas menyelamatkan Wahida Ma'artouk yang berusia hampir setahun tertimbus dalam runtuhan di kediamannya.
Berita kematian Abu Kifah disahkan rakan rapatnya, Matiah Jallal.

Matiah berkata Abu merupakan antara salah seorang daripada tujuh sukarelawan yang ditembak mati hari ini.

Jurucakap kumpulan sukarelawan The White Helmets berkata Abu ditembak mati seorang lelaki bersenjata tidak dikenali yang menyerang sebuah pejabat di Sarmin, awal pagi Ahad.

"Sukar untuk saya gambarkan perasaan saya ketika ini. Seluruh bandar ini meratapi pemergian Abu Kifah dan juga rakan-rakannya," kata Matiah.

Abu bergelar seorang bapa pada awal tahun ini.

Difahamkan isterinya masih lagi terkejut dengan berita kematian Abu.

Mayat tujuh lelaki yang maut dalam serangan itu akan dikebumikan di Sarmin petang Ahad.
"Pusat pertahanan awam di Sarmin menjadi sasaran kumpulan bersenjata yang tidak dikenali. Dua bas mini, beberapa helmet putih dan walkie-talkie turut dilarikan," katanya jurucakap kumpulan sukarelawan itu.


loading...
SHARE THIS

Author:

Etiam at libero iaculis, mollis justo non, blandit augue. Vestibulum sit amet sodales est, a lacinia ex. Suspendisse vel enim sagittis, volutpat sem eget, condimentum sem.

0 ulasan: