Ahad, 20 Ogos 2017

Tengok Gambar Pun Dah Seram

Loading...
loading...
 Tengok Gambar Pun Dah Seram:






5 lokasi yang paling tidak mahu dijejaki manusia. Bukan setakat menyeramkan, namun sejarahnya sahaja boleh menaikkan bulu roma sesiapa sahaja.

1. Pulau Anak Patung – Mexico





Sebuah pulau di Mexico City yang dipenuhi dengan ratusan anak patung dengan rupa yang menyeramkan. Patung-patung ini diletakkan oleh pemilik pulau ini iaitu Julian Santana Barrera.

Puncanya adalah kerana Barrera menemui mayat seorang budak perempuan terapung di pulau itu satu masa dahulu.

Dia kemudiannya meletakkan patung-patung tersebut di seluruh pulau berkenaan kerana percaya ia mampu menakutkan roh jahat yang berada di pulau kecil itu.

2. Centralia – Amerika Syarikat





Jika anda pernah menonton filem Silent Hill, imej bandar ini tentunya tidak asing lagi. Pada asalnya, ia sebuah bandar perlombongan yang pesat membangun, namun telah ditinggalkan penduduk selepas lombong bawah tanah terbakar pada tahun 1962.

3. Hutan Aokigahara – Jepun





Terletak berdekatan dengan Gunung Fuji, ia dikenali penduduk tempatan sebagai hutan tempat bunuh diri.

Malah kerana kadar bunuh diri yang tinggi di hutan itu, pihak berkuasa tempatan meletakkan papan tanda yang meminta agar orang ramai yang berniat untuk berbuat demikian, supaya berfikir terlebih dahulu sebelum melakukannya.

4. Hutan Hoia Baciu – Romania





Mereka yang memasuki hutan ini dikatakan akan keluar dengan rasa pening yang teruk, loya, keletihan dan ada juga yang mengalami calar dan melecur yang teruk pada badan.

Ramai juga yang berkongsi kisah mendengar bunyi orang menangis, selain kisah masyarakat tempatan yang menceritakan bagaimana orang yang sesat dalam hutan itu tidak akan ditemui semula.

5. Resort San Zhi – Taiwan





Reka bentuk bangunan resort ini cukup menarik, namun ia tetap tidak membuatkan masyarakat lupa kisah seramnya.

Ia hanya sempat dihuni selama dua tahun sekitar tahun 1970an, dan mula ditinggalkan terbiar apabila terlalu banyak kematian berlaku di sini.

Kematian yang berlaku bukan sahaja membabitkan insiden-insiden ngeri di kalangan penghuni resort, malah mereka yang melalui kawasan-kawasan berdekatan resort tersebut.


loading...
SHARE THIS

Author:

Etiam at libero iaculis, mollis justo non, blandit augue. Vestibulum sit amet sodales est, a lacinia ex. Suspendisse vel enim sagittis, volutpat sem eget, condimentum sem.

0 ulasan: