Loading...
loading...
Pelanggan terkejut sambal nasi lemak ada kuda laut
KUALA LUMPUR – Kebiasaan bagi penggemar nasi lemak pastinya memilih lauk sambal kerang, sambal bilis, mahupun rendang daging sebagai lauk pauk untuk dinikmati dengan nasi lemak masing-masing.
Berbeza dengan seorang pengguna Facebook hari ini, apabila juadah sarapan paginya yang agak berbeza daripada kebiasaan.
Dalam satu ‘posting’ di Facebook, ‘mangsa’ didapati memuatnaik gambar juadah nasi lemak berlaukkan seekor kuda laut kering.
Bunyi sungguh pelik bukan?. Namun menurut Facebook ‘Kini Trending’, begitulah realiti yang dihadapi ‘mangsa’.
“Kak nasi lemak apa ada ?”
“Semua lauk dah habis dik, yang tinggal nasi lemak kuda laut je ..” tulis status berkenaan.
Perkara itu pantas mendapat reaksi netizen yang hairan dengan situasi terbabit.
Menurut pelayar Amylia Natasha “Dia masak sekali ngan ikan bilis tuuu.
“Maybe kuda laut tu saja lepak segerub ngan ikan bilis dia ingat bapak dia ikan bilis last last kene tangkap jadi la nasi lemak kuda laut . Sian kene bait,” katanya.
Arfan Ashraff pula memberikan komen, “Fuuuuu eksotik teruk baru la oppa makan sekali ngan kimchi,” katanya.
Muhammad Kamil Buaya pula berkata “Halal hanya pada sesetengah negara yang tidak punyai sumber makanan.. dalam keadaan mereka tidak dilarang tapi seeloknya dielakkan.
“Tetapi ada beberapa jenis makanan laut yg tiada kebaikan malah membawa kepada kerosakan. Ini boleh di kategorikan sebagai haram kerana boleh memudaratkan,” katanya.
Punca sebenar bagaimana kuda laut itu boleh berada di dalam sambal nasi lemak berkenaan masih menjadi misteri. -MalaysiaGazette
loading...
0 ulasan: