Loading...
loading...
ALASAN KUKUH Kenapa Anda Mesti Minum GREEN TEA Untuk KURUS
Kata seorang kawan, air alkali baik untuk tujuan detoksifikasi.
Mujurlah minuman kegemaran Nona, teh hijau ditakrifkan sebagai tinggi alkali. Teh hijau cukup terkenal kerana memiliki fungsi untuk menjaga kesihatan badan.
Ia sesuai untuk dinikmati dalam apa jua suasana, sama ada bersama ais sewaktu cuaca panas terik atau disajikan panas-panas untuk menyegarkan tubuh.
Air teh hijau yang dihirup itu juga bukan sekadar menghilangkan haus, malah turut bermanfaat untuk seluruh badan. Fermentasi adalah apa yang membezakan teh hijau dengan teh-teh lain. Daun teh hijau tidak di fermentasi dan hasilnya, minuman ini tinggi kandungan antioksidan.
Ia juga meneutralkan kompaun yang dipanggil radikal bebas, penyebab penyakit dan kematian sel.
Kajian oleh The University of Maryland Medical Center turut menjelaskan bahawa teh hijau amat membantu anda mengawal pelbagai masalah kesihatan seperti atherosclerosis dan diabetes.
(a) Kesihatan Kulit
Teh semula jadi ini dapat melindungi kulit daripada selaran sinar ultraviolet. Secara tidak langsung, ia berupaya menghindari risiko kanser kulit dan memperlahankan tanda penuaan.
(b) Menyihatkan Rambut
Kebotakan pada umumnya terjadi kerana akar atau batang rambut yang kurang sihat. Amalan meminum teh hijau dapat mengatasi masalah ini kerana kandungan zatnya membuat rambut kembali sihat dan memulihkan pertumbuhan rambut.
(c) Membersihkan Jerawat
Lantaran zat antioksidannya yang tinggi, kekotoran atau minyak yang menempel pada pori-pori kulit dapat dibersihkan dengan cara menikmati teh hijau secara teratur.
(d) Menurunkan Berat Badan
Teh hijau terbukti berkesan untuk mengurangi penyerapan lemak dalam tubuh. Selain itu, ia turut diperkaya dengan polifenol yang mampu meningkatkan intensiti pembakaran lemak.
(e) Membantu Pesakit Diabetes
Minuman teh hijau memiliki kemampuan untuk mengatur kandungan gula dalam darah. Oleh itu, pesakit diabetes sangat disarankan agar sering meminum teh hijau.
Bilakah waktu terbaik untuk menikmati teh hijau?
Sebaik-baiknya, amalkan meminum 4-5 cawan teh hijau sehari. Lebih banyak, lebih baik. Pun begitu, proses bru teh hijau boleh menjadi rumit jika tidak dibuat dengan betul. Khasiat polifenol di dalam teh hijau akan merosakkan rasa enaknya dan membuatkan teh anda rasa ‘berumput’.
Kekal pH Baik
* Mengekalkan paras pH yang seimbang dalam tubuh kita sama pentingnya dengan menjaga kesihatan secara keseluruhan. Sekiranya tubuh anda memiliki paras pH tinggi asid pada setiap masa, ia boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit. Paras pH yang seimbang dinilai daripada 0-6 (berasid), 7 (neutral) dan 8-14 (beralkali).
* Nilai asid dalam makanan tidak mencerminkan bagaimana impaknya terhadap paras asid dalam darah anda. Sebagai contoh, buah lemon yang tinggi asid sebenarnya membantu pengaliran darah agar lebih beralkali.
* Paras pH berasid akan menyebabkan tubuh menarik nutrien daripada organ ke dalam aliran darah bagi meneutralkannya. Ini boleh menyebabkan masalah jantung, penuaan pramatang dan juga osteoporosis.
Norzalina Mohd Alias
Kongsikan, semoga bermanfaat…
Sumber : Nona.My
loading...
0 ulasan: