Isnin, 21 Ogos 2017

Pengalaman jijik penumpang naik pesawat British Airways

Loading...
loading...
Pengalaman jijik penumpang naik pesawat British Airways



Andrew Wilkinson diberikan tempat duduk mempunyai kesan air kencing penumpang lain ketika naik pesawat British Airways. Gambar hiasan

LONDON 20 Ogos – Seorang ahli perniagaan mengalami pengalaman menjijikkan apabila menaiki sebuah pesawat British Airways untuk ke Afrika Selatan baru-baru ini.
Lapor Mail Online, ahli perniagaan terbabit, Andrew Wilkinson, membayar harga tiket pe­nerbangan sebanyak 1,200 pound (RM6,608) namun dia diberikan tempat duduk yan

Malah, Wilkinson berkata, pramugari memberikannya tuala basah untuk membersihkan sendiri tempat duduk berkenaan.
“Ketika menuju ke tempat duduk, saya perasan kerusi tersebut basah. Saya memanggil pramugari dan dia terus menuju ke bilik air lalu memberikan tuala basah kepada saya.

“Saya cakap kepadanya yang saya tidak mahu duduk di situ tetapi pramugari tersebut memarahi saya pula,” jelas Wilkinson.

Menurut Wilkinson, akhirnya dia terpaksa meletakkan beg plastik di atas tempat duduk terbabit dan menutupnya dengan selimut.
Susulan kejadian itu, Wilkinson terus menyuarakan kemarahan di laman Twitter dan membidas layanan kakitangan British Airways kepadanya.
Pihak pengurusan British Airways terpanggil untuk membuat permohonan maaf kepada Wilkinson dan menawarkan kepadanya mata ganjaran serta baucar pe­nerbangan bernilai 435 pound (RM2,395) sebagai pampasan.


loading...
SHARE THIS

Author:

Etiam at libero iaculis, mollis justo non, blandit augue. Vestibulum sit amet sodales est, a lacinia ex. Suspendisse vel enim sagittis, volutpat sem eget, condimentum sem.

0 ulasan: