Khamis, 24 Ogos 2017

Hanya Letak Daun Kering, Dalam Masa 2 Minggu Pokok Limau Mula Keluarkan Putik!

Loading...
loading...
Hanya Letak Daun Kering, Dalam Masa 2 Minggu Pokok Limau Mula Keluarkan Putik!

Berbudi pada tanah sememangnya tiada ruginya.Apatah lagi bercucuk tanam untuk kegunaan sendiri.Namun begitu, bukan semua hasil semaian membuahkan hasil yang diharapkan ada yang langsung tidak berputik mahupun berbunga meski pelbagai cara telah digunakan.

Bagaimana pun Aisyah Othaman dari #abuNummuulfahminikebun, berkongsi petua yang cukup mudah untuk mengatasi masalah tanaman ini.
Menariknya ia dilakukan tanpa mengeluarkan kos sesen pun. Hanya menggunakan daun-daun kering!. Hasilnya pula boleh dilihat dalam masa hanya dua minggu.
Berikut adalah perkongsian beliau:

"Pokok limau dari #abuNummuulfahminikebun sedang membesar dan mengeluarkan hasil dengan banyaknya selepas setahun lebih ditanam...Alhamdulillah..
Sepanjang setahun lebih ni ada sekali letak baja masa awal-awal ditanam...Selepas itu tak letak apa-apa.

Dalam bulan Februari baru-baru ni, baru teringat satu petua daripada mak, yang dilakukan pada pokok bunga kantan  yang ditanam.

Caranya:

Hanya letak daun-daun kering atau daun rumput kering pada pangkal pokok.
Saya cuba buat perkara pada pokok limau, selepas dua minggu dengan izin-Nya, pokok limau ini mula berputik dengan banyaknya.

22 Februari 2017- Selepas 2 minggu cubaan petua, mula keluar banyak putik.

15 Mac 2017-Selepas bunga gugur, pokok limau mula berbuah.


Selamat Mencuba!

loading...
SHARE THIS

Author:

Etiam at libero iaculis, mollis justo non, blandit augue. Vestibulum sit amet sodales est, a lacinia ex. Suspendisse vel enim sagittis, volutpat sem eget, condimentum sem.

0 ulasan: