Loading...
loading...
Sumber : Dai Ky Nguyen
Untuk meringankan beban keluarganya , gadis ini telah mengambil keputusan untuk bekerja sebagai pengangkat simen yang biasa dilakukan oleh kaum lelaki. Kerja ini dilakukan setiap kali cuti semester dari pengajiannya di universiti.
Upah yang didapati dari kerja ini bukan sahaja akan dapat membiayai yuran pengajiannya malah dapat diberikan kepada ibu bapanya yang sakit dan tua di kampung.
Melihat kekuatan dan ketabahannya mengangkat beg simen yang berat itu pasti mengundang rasa sayu di hati. Tambahan kerja itu amat sukar dan kotor. Wajahnya dipenuhi debu simen dan menjadi comot. Dapat dibayangkan bagaimana kuat hatinya menahan berat satu beg simen dibelakang badannya dengan berulang alik dari lori ke kedai yang memesan simen-simen tersebut.
Sumber : Dai Ky Nguyen
Gadis ini melakukan pekerjaan masa cutinya ini setiap hari dengan bermula dari awal pagi mengikut lori dengan timbunan beg-beg simen seberat 50kg setiap satu dan mengangkatnya turun apabila sampai ke lokasi pesanan. Semua dilakukan sehingga ke waktu petang dengan senyuman dan semangat kental.
Gadis ini begitu cekal mengharungi hidupnya yang agak sukar. Setelah membersihkan wajahnya yang comot dan berdebu itu terlihat rupa parasnya yang cantik dan ayu. Gadis cantik ini mempunyai hati yang sangat tabah dan cekal membuatkan dia kelihatan bertambah cantik.
Sumber : Dai Ky Nguyen
Suatu hari gadis yang cantik ini mendapat panggilan telefon dari ibubapanya yang baru mengetahui pekerjaan gadis ini yang disembunyikan dari pengetahuan ibu bapanya. Mereka berasa terkejut dan tidak dapat menahan sebak lalu menangis mengenangkan nasib anak gadis kesayangan mereka terpaksa mencari rezeki dengan menjadi buruh kasar.
Gadis ini serta merta menenangkan ibu bapanya dengan mengatakan dia hanya bekerja sementara dan akan mencari pekerjaan lain selepas ini. Selepas ibubapanya tidak lagi berasa risau , gadis ini meletakkan telefon dan dengan tidak dapat menahan perasaannya lagi, dia menitiskan air mata. Walaupun menunjukkan ketabahan di luar , hatinya kadangkala berasa lemah terutama apabila mengenangkan ibubapanya yang tua itu.
Sumber : Dai Ky Nguyen
Tiada siapa yang dapat membayangkan mahasiswa yang cantik dan berhati tabah begini boleh melakukan kerja buruh kasar yang berat.
Menurut gadis ini , walaupun kerjanya amat berat, dia amat berpuas hati kerana boleh mendapat upah purata RM130.00 sehari dengan bekerja selama dua bulan. Dengan itu , dia boleh berbelanja untuk makanan dan minumannya serta yang penting dapat menyimpan bagi membayar yuran pengajiannya di universiti kelak dan memberi sedikit wang kepada ibu bapanya.
Sumber : Dai Ky Nguyen
Gadis muda yang cantik ini tidak berasa malu untuk bekerja keras untuk membiayai kehidupannya walaupun dengan keadaan yang sukar.
Kini dia berdepan dengan cabaran dan kesusahan yang sementara. Tidak mustahil dengan usahanya yang gigih dan berhati cekal di samping ilmu yang sedang dipelajarinya, gadis muda ini akan mempunyai masa depan yang cerah dengan kehidupan yang lebih senang dan selesa kelak.
loading...
0 ulasan: