Loading...
loading...
Ritualnya Menijikan... Ibu & Anak Ber@sm@r@ Tiap Minggu Untuk Kaya
Di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti di belakangnya berdiri seorang wanita.
Apa benar begitu? Bagaimana kalau ia melibatkan hubungan ‘intim’ ibu dan anak? Apa kamu percaya kalau perbuatan jijik seperti ini mampu memberi kekayaan?
Bagi Yvonne Banda berketurunan Ndola dari Zambia, beliau mendakwa kononnya hubungan intim dengan anak lelakinya Abel menjadi kunci kejayaan perniagaan anaknya.
Syaratnya dia perlu berasmara dengan anaknya sekali seminggu! Ritual gila ini dilakukan atas nasihat seorang bomoh. Kononnya kalau mahu melihat anaknya berjaya, mereka harus melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
Yvonne 52 tahun mula berasmara dengan anak lelakinya Abel sejak tahun 2002, semasa dia baru saja memulakan perniagaan perkhidmatan pengangkutan.
“Saya berasmara dengan Abel sejak tahun 2002 ketika dia baru memulakan perniagaan perkhidmatan pengangkutannya yang sangat berkembang maju. Kini dia memiliki beberapa buah trak, bas dan kereta,” ujarnya.
“Kami berhubungan seks setiap hari Rabu di rumah saya iaitu tempat ‘pesona’ ditanam,” ujarnya lagi.
Pernah sekali dia cuba berhenti melakukan perbuatan terkutuk itu kerana rasa bersalah dan menyesal. Tetapi menurut bomoh, jika dia berhenti melakukan ritual itu bala akan menimpa.
“Apabila berhenti melakukan ritual ini, semua kekayaan yang kami peroleh akan hilang dan anak saya Abel akan menemui ajal dalam keadaan yang sangat sengsara,” ujar Yvonne.
Takut ditimpa bala dan tidak sanggup kehilangan anak, Yvonne mendakwa dia tiada pilihan lain selain meneruskan ritual terkutuk itu bersama dengan anak lelakinya.
Hari demi hari kebimbangan Yvonne kian bertambah kerana tenaganya semakin kurang atas faktor peningkatan usia. Suatu hari nanti pasti dia tidak lagi berkemampuan melakukan upacara ini bersama anaknya.
Zambia yang terletak di selatan Afrika berpopulasi 16.59 juta orang. Kebanyakan penduduknya masih mengamalkan dan mempercayai ilmu hitam, sihir, bomoh, voodo dan kepercayaan-kepercayaan tahyul yang lain. Kisah Yvonne menggambarkan tipikal kepercayaan kebanyakan masyarakat di sana.
Gambar dan artikel diolah dari: Nigerian Monitor, Wikipedia
loading...
0 ulasan: