Sabtu, 19 Ogos 2017

Jadilah Seperti Wanita Jepun.... Miliki Tubuh Badan Yang Ramping Dan Gebu

Loading...
loading...
Jadilah Seperti Wanita Jepun.... Miliki Tubuh Badan Yang Ramping Dan Gebu

Kaum wanita semestinya ingin memiliki bentuk badan yang ramping, gebu serta sihat. Di Jepun, wanita mereka memiliki makanan kegemaran bagi memenuhi hasrat tersebut.

“Mereka suka mengambil makanan probiotik serta yogurt,” kata Pengarah Jabatan Konsultansi Perubatan dari Noguchi Medical Research Institute, Jepun, Stellora Sunyobi.


Menurut Lora, mereka biasanya mengambil satu gelas yogurt asli atau tanpa rasa, 
bukan yang memiliki rasa manis. “Untuk menambah rasa manis umumnya ditambah buah-buahan,”tambahnya.

Mengambil yogurt biasanya dilakukan semasa sarapan, walaupun sebenarnya boleh juga diambil ketika lainnya. “Kebanyakan mereka mengambilnya pada waktu pagi, tetapi bila-bila masa pun boleh. Ketika perut kosong juga tidak mengapa,” tutur Lora.

Bagi perempuan di Jepun, gula ibarat seperti hantu yang menakutkan sehingga berusaha menjaga pengambilannya mengikut sukatan yang diberikan oleh ahli perubatan. Mereka mengaitkan gula sebagai penyebab tubuh yang gemuk dan tidak cantik.

Pakar perubatan mengatakan yogurt bermanfaat bagi kesihatan tubuh bermula dari membantu menurunkan kadar kolestrol, menjaga bahagian pencernaan, membantu menurunkan berat badan serta mengawal penyakit kencing manis tahap dua.

Makanan ini juga dapat menjadi makanan tambahan yang mencukupi bagi keperluan kalsium dan menjaga bahagian pencernaan agar senantiasa sihat.

Sumber : tempo.com


loading...
SHARE THIS

Author:

Etiam at libero iaculis, mollis justo non, blandit augue. Vestibulum sit amet sodales est, a lacinia ex. Suspendisse vel enim sagittis, volutpat sem eget, condimentum sem.

0 ulasan: