Loading...
loading...
Surat Terakhir Tulisan Tangan Harapan Penumpang Titanic Sebelum Karam...
LONDON – Sepucuk surat peribadi yang ditemui pada mayat seorang lelaki yang terkorban dalam tragedi kapal karam Titanic mencatat harga lelongan AS$166,000 (RM700,851) sekali gus harga tertinggi untuk surat dari kapal malang itu.
Surat itu ditulis oleh penumpang kelas pertama, Alexander Oskar Holverson pada kertas tertera kepala surat ‘di atas kapal Titanic’.
Foto Alexander Oskar Holverson dan istrinya. Pengusaha itu meninggal dalam malapetaka Titanic, tapi istrinya selemat. (Sumber Henry Aldridge and Son)
Dia menulis surat kepada ibunya untuk menceritakan tentang hidangan dan persembahan muzik hebat yang disajikan di atas kapal itu.
“Jika semuanya berjalan dengan baik, kami akan tiba di New York pada hari Rabu,” tulis Holverson sehari sebelum Titanic karam setelah berlanggar dengan aisberg.
Holverson merupakan seorang jurujual kelahiran negeri Minnesota di Amerika Syarikat dan berada di atas kapal itu bersama isterinya, Mary Alice yang terselamat dalam tragedi tersebut.
loading...
0 ulasan: